top of page
POSTER HEBAHAN (1).jpg

Pertandingan Seni Visual Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 2021 Peringkat Negeri

Keputusan Pertandingan

Nota:
1. Pertandingan ini telah dijurikan oleh pensyarah dan USM Politeknik Metro dan Politeknik Permatang Pauh berikutan larangan melibatkan guru dalam aktiviti selain Pdpr. 
2. Sijil Penyertaan akan dihantar ke semua sekolah yang terlibat.
3. Sijil Pencapaian dan Hadiah akan dihantar bersama surat makluman keputusan pertandingan.
4. Penjurian Pertandingan Seni Visual telah dilaksanakan pada 17-19 Ogos 2021
5. Pihak sekolah diminta untuk berhenti menghantar karya murid berikutan masih ada yang menghantar walaupun tarikh tutup 16 Ogos 2021 yang lepas.

​

Mohamed Rusdan Bin Maidin
Subunit Kesenian JPN Pulau Pinang

Surat Makluman Pemenang Pertandingan Kesenian Dalam Talian 2021-7_page-0001.jpg

Pengumuman

Pihak penganjur mendapati terdapat kesilapan dalam unit ukuran bagi saiz lukisan seperti yang dinyatakan dalam kertas konsep tersebut. Mukasurat 3 dan 4 menyatakan saiz lukisan ialah A3 (11.69 cm x 16.54 cm) dan A2 (42.0 cm x 59.4 cm)

​

Mohon perhatian yang saiz yang betul ialah:

Kategori sekolah rendah: A3 (11.69 inci x 16.54 inci)

Kategori sekolah menengah: A3 (11.69 inci x 16.54 inci) dan A2 (42.0 inci x 59.4 inci)

​

Mohon maaf di atas kesilapan tersebut.

Pertandingan Seni Visual Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 2021

Tarikh tutup penyertaan peringkat negeri Pulau Pinang:
16 Ogos 2021

Pertandingan ini adalah lanjutan daripada pertandingan yang telah dijalankan pada 23 Mac - 30 April 2021.

​

Pertandingan ini dibuka semula kerana perubahan tarikh peringkat kebangsaan dan memberi peluang lebih ramai pelajar menyertai pertandingan di peringkat negeri.

​

Surat hebahan terbaru diemel ke semua sekolah di Pulau Pinang pada 12 Julai 2021

​

Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua pelajar Sekolah Rendah (9 tahun hingga 12 tahun) dan Sekolah Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (13 tahun hingga 18 tahun).

  2. Penyertaan setiap sekolah dihadkan kepada hanya maksima lima (5) karya sahaja.

  3. Syarat penyertaan, tema dan maklumat lanjut pertandingan boleh dimuaturun di bawah. Dokumen berkenaan juga telah diemel ke semua sekolah bersama surat hebahan terbaru.

  4. Tiga (3) hasil karya terbaik bagi setiap kategori iaitu kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan.

  5. Karya terbaik akan dinilai berdasarkan semua penyertaan yang diterima mulai 23 Mac hingga 16 Ogos 2021.

  6. Semua karya dihantar ke Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang selewat-lewatnya 16 Ogos 2021.

Muat Turun

Surat Hebahan dan Syarat Pertandingan

Surat Hebahan

Pertandingan Seni Visual SR&SM 2021

Poster Pertandingan

Pertandingan Seni Visual SR&SM 2021

Syarat Pertandingan

Pertandingan Seni Visual SR&SM 2021

bottom of page