top of page

Program Wira Anti Rasuah (WAR) SPRM-KPM 2021

Tarikh tutup penyertaan: 8 September 2021

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM akan menganjurkan Program Wira Anti Rasuah (WAR) 2021 yang akan diadakan mulai 1 Julai hingga 8 September 2021 bagi peringkat negeri Pulau Pinang.


Untuk makluman, terdapat dua (2) pertandingan yang ditawarkan di bawah Program WAR dan Inisiatif 2.4.6 dan Inisiatif 2.4.11 Pelan Anti Rasuah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2021 iaitu Pertandingan Video Pendek WAR SPRM-KPM dan Pertandingan Mencipta Lagu dan Lirik WAR SPRM-KPM.

Poster VP WAR.jpg

Pertandingan Video Pendek WAR SPRM-KPM

Tema bagi Pertandingan Video Pendek Sekolah Rendah dan Menengah Wira Anti Rasuah (WAR) SPRM - KPM Peringkat Kebangsaan 2021 adalah
“ANTIRASUAH DAN INTEGRITI”


Genre terbuka seperti sketsa, animasi, drama, komedi dan dokumentari.


KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah (Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.

  • Jumlah penyertaan setiap negeri melibatkan maksima 15 orang sahaja termasuk pelakon dan krew produksi:

  • Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran; dan

  • Pasukan digalakkan mempunyai sekurangnya lebih dari 1 kaum; dan

  • Seorang daripada guru pembimbing dibenarkan untuk terlibat sebagai pelakon.

Poster Cipta Lagu WAR SPRM.jpg

Pertandingan Mencipta Lagu dan Lirik WAR SPRM-KPM

Tema dan tajuk konsep bagi Pertandingan Mencipta Lirik dan Lagu Sekolah Menengah Wira Anti Rasuah (WAR) SPRM-KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 adalah :
“ANTIRASUAH DAN INTEGRITI”

KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Ting. Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.

  • Jumlah ahli kumpulan setiap penyertaan tidak melebihi 5 orang.

  • Ahli kumpulan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran;dan

  • Kumpulan digalakkan mempunyai sekurangnya lebih dari 1 kaum.

Muat Turun

Surat Hebahan dan Syarat Pertandingan

Surat Hebahan

Hebahan Program WAR SPRM-KPM 2021

Borang-borang Penyertaan

Pertandingan Video Pendek WAR SPRM-KPM dan Pertandingan Mencipta Lagu dan Lirik WAR SPRM-KPM

Poster

Pertandingan Video Pendek WAR SPRM-KPM

Poster

Pertandingan Mencipta Lagu dan Lirik WAR SPRM-KPM

bottom of page